music disini

Selamat Datang http://mdmhere.blogspot.com/.com

Saturday, April 9, 2011

Fakta Emas

  • Ahli kimia tidak pernah berjaya  menghasilkan emas tiruan kerana sifat logam berkenaan sukar ditiru.
  • Sifat emas tulin adalah lembut paling boleh ditempa dan dibentuk.
  • Emas asli boleh disahkan tulin melaluai dua cara mudah iaitu apabila digigit ia mininggalkan kesan lekuk gigi,kedua apabila dibakar atau dicairkan ,ia tidak berubah warna.
  • Emas tulin adalah terlalu lembut untuk kegunaan biasa oleh itu ia perlu ditambah kekerasannya dengan mengaloikannya bersama perak(argentum),tembaga(kuprum)dan logam-logam lain.
  • Emas dan pelbagai jenis aloi emas biasanya digunakan dalam pembuatan barangan kemas dan duit syiling sebagai pertukaran perdagangan dalam banyak negara.
  • Emas boleh mengalikan elektrik dengan amat baik dan tahan hakisan dan menjadikan emas muncul sebagai logam industri penting pada akhir abad ke20.

Wednesday, April 6, 2011

5apr11

      Hari ini hari isnin ,pagi ni hantar suami ke Hospital Ampuan Rahimah ada date of appointment dengan doctor pakar.Sakit lama makan tak jaga.Suami aku ini sakit pinggang sakit tulang belakang dah lama, seinggat aku pada tahun 2009.Dah bawak berurut,dah pergi acupuncture dah makan ubat cuma tak operation je lagi.Dua tiga hari ni dia cakap sakit sangat ,hari jumaat itu hari kak long yang hantar ke hospital .Kesian dia ,kita tengok pun tak selesa apa bila sakit ni datang ,nak duduk sakit, nak berdiri lama tak boleh, nak duduk lama tak boleh,kalau nak buat kerja pun susah.Puncanya dia terjatuh kat tempat kerja ,jatuh dari kulintower tinggi jugak.

INFO SOLAT

Tamakninah
Tamakninah sebahagian daripada rukun solat yang sering diabaikan.Kesannya,ramai yang tidak sedar bahawa solatnya tidak sah.Tamakninah dalam bahasa mudah ialah bertenang.Ibarat memandu sebuah kenderan,waktu dipersimpangan hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergerak semula.Selagi kenderaan itu masih bergerak ,tidaklah dikira tamakninah.
Rukun yang Wajib Disertakan Tamakninah

Diseneraikan di sini rukun solat yang perlu disertai tamakninah dan batal solat jika tidak tamakninah.

  • Rukuk:Sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama rata dan kedua-dua belah tangan memegang kepala lutut ,hentikan pergerakan seketika.Itulah kadar tamakninah.Barangkali sempat membaca subhanallah. 

  • Iktidal:(bangun daripada sujud):Pergerakan daripada rukuk terus menegak dan meluruskan semula tulang belakang seperi berdiri sebelum ini.Sempurna berdiri sebentar itulah kadar tamakninah.

  • Sujud:Sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua tangan,dua lutut,dua kaki,dan satu dahi) mencecah lantai,hentikan sebarang gerakan seketika.Itulah kadar tamakninah

  • Duduk antara dua sujud:Sewaktu duduk sambil membaca doanya,tidak harus bergerak anggota kasar.Itulah kadar tamakninah.

    Tempat yang sering di abaikan tamakninah

    1.Iktidal

          Terdapat sesetengah orang terutama orang tua ,apabila bangun daripada rukuk kepada iktidal,belum sempat tulang belakangnya lurus seperti sebelumnya,dia turun untuk sujud .Solat itu tidak sah kerana tidak tamakninah.

    2.Sujud

           Waktu sujud kedua-dua kakinya bergerak-gerak dan ada yang mengakatnya (tidak mencecahkan jari kaki kelantai).Sujud dalam keadaan ini tidak sempurna dan tidak tamakninah maka solatnya tidak sah.

    3.Bangun daripada sujud

           Waktu bangun dari sujud kedua,ketika hendak berdiri tegak ke rakaat seterusnya tidak ada tamakninah tetapi disunatkan duduk sebentar yang di beri nama duduk istirahat.

    Monday, April 4, 2011

    Busu icu

        sabtu balik melaka tengok mak saudara suami sakit dalam icu,punca sakit ,kencing manis ,kuman dah sampai otak . melihat dia terbaring ,koma wayer sana sini hidup bergantum pada machine memang menyedihkan kan.Kita orang panggil dia busu,adik  kepada emak mertua aku .Teringgat aku dulu masa bersalin anak sulung dan yang bongsu n dia lah yang menggurut. Busu ni pandai menggurut orang ,mulut dia ni bising sikit tapi baik.Menurut cerita anak-anak dia,busu jatuh sebelum dihantar ke hospital.Didalam hospital melaka tu, tingkat 2 busu,yang tingkat 4 pula paklong abang busu ,yang paklong ni pulak tempoh hari operation ,baru keluar wad 2 minggu dah masuk balik ,tempat operation tu bernanah.Mak mertua aku pun ada penyakit kencing manis ni,dah ambil insulin. Dah cakap gula ni punca segala-gala penyakit.jadi berhati-hatilah dalam pengambilan makanan,kita.

    Friday, April 1, 2011

    MANIS YANG MEMBUNUH

         
       
    Manis dan enak pada mulanya,namun 'pahit' jua menanti dipenghujunya.Gula,manis yang mengandungi luka.
    Sebenarnya pengambilan gula tambahan tidak perlu dalam diet harian ,kerana gula ujud secara semula jadi di dalam makan-makanan yang mengandungi karbohidrat seperti mi,roti dan pesta.Gula juga diperoleh di dalam buah-buahan (fruktosa)dan laktosa(susu).

    Akibat lebihan gula

    Secara jelasnya pengambilan gula yang berlebihan menyebabkan masalah berat badan dan lebuh kritikal jika ksannya mencecah tahap obesiti.Obesiti pula mengundang penyakit-penyakit lain seperti kencing manis,darah tinggi dan sakit jantung.

    Pengambilan gula yang berlebihan juga menyebabkan masalah karies gigi.Hasil kajian, peratus kanak-kanak berusia lima tahun dan enam tahun di malaysia mempunyai masalah karies gigi,yang tinggi.

    Lebih merbahayakan apabila pengambilan gula putih berlebihan boleh 'membantutkan' sistem imunisasi badan.Gula putih mengurangkan hayat dan bilangan sel darah putih yang menjadi tiang kepada sistem imunisasi untuk menghalang jangkitan mahupun kemasukan benda asing ke dalam tubuh.Pengambilan gula putih secara berlebihan antara faktor mengapa tubuh menjadi 'asidik'lantas melemahkan tubuh dan memudahkan bakteria serta virus menyerang.

    Kesan Lebih Gula
    Kesan lain akibat pengambilan gula berlebihan.

    1. Merosakan buah pinggang.
    2. Menggangu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem tubuh.
    3. Menjadi punca barah pundi hempedu.
    4. Mengaburkan pengelihatan
    5. Mempercepatkan proses penuaan .
    6. Menyebabkan saluran usus menjadi bengkak khususnya kepada pengidap  gastrik.
    7. Menjadi punca apendiks.
    8. Menyebabkan masalah tulang.(osteoporosis)
    9. Menganggu kemampuan berfikir.
    10. Penyebab ketidak seimbangan hormon.

    Horoskop

    Perilaku Berdasarkan Kalendar Islam.ketahuai siapa anda!

    Bulan 4 ini bulan Rabiulawal dan Rabiulakhir.

    RABIULAWAL
    Perwatakan anda baik.Mungkin anda akan mendapat pangkat besar.Menjadi orang yang berpengaruh atau kaya tampa diduga.Dalam perkerjaan ramai yang sukakan anda.Sifat negatif anda termasuklah kurang sabar ,keras hati dan mudah marah.

    RABIULAKHIR
    Perwatakan anda jahat .Hati anda tidak tetap.Fikiran dan kemahuan anda pula lemah,buruk nafsu,berwatak kasar dan seorang yang suka memukul.Kehidupan anda menjadi sukar kerana tabiat buruk anda itu.Ibu bapa menempuh kesukaran dalam mendidik anda.

    Thursday, March 31, 2011

    Ayam BBq mdm okay-okay

    cara menyediakannya

    1 atau 2 ekor ayam dipotong .
    3 buku halia tua
    2 labu bawang putih
    6 batang serai
    2 sudu besar lada hitam
    1 cawan gula merah
    1 sudu besar jintan manis
    garam secukup rasa
    2 sudu besar serbuk kunyit

    cara membuatnya
    Ayam yang di potong di cuci bersih
    halia,bawang putih dan serai di belinder.masukan bahan yang di belin tadi ke dalam besin berisi ayam, tambah kan garam,lada hitam  jintan manis dan gula merah ,gaul sehingga sebati biarkan diperap beberapa jam sebelum di bakar diatas bara api
     Cuba pasti tak menyesal.